Tumpuan :
Nasional

PUSPAKOM gantung tugas 6 pegawai terlibat sindiket

KUALA LUMPUR: 6 pegawai pemeriksa kenderaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) digantung tugas serta-merta selepas disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman, syarikat itu memandang serius perkara tersebut dan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang salah laku membabitkan integriti syarikat.

“PUSPAKOM tidak akan melindungi sesiapa pun yang terbabit dengan jenayah
rasuah.

“Sekiranya terdapat bukti kesalahan, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kakitangan yang terlibat dalam kegiatan seperti ini, termasuk mereka yang bersekongkol dengan sindiket dan menjalankan aktiviti meluluskan pemeriksaan kenderaan secara tidak sah,” kata Mahmood.

Tambah PUSPAKOM siasatan dalaman turut dijalankan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini