Tumpuan :
Nasional

Pusat sembelihan kotor, letak ayam atas lantai diserbu DBKL

FOTO: IhsanDBKL

KUALA LUMPUR: Pusat sembelihan ayam beroperasi dalam keadaan persekitaran yang kotor selain ayam disembelih oleh warga asing, itu hasil serbuan sepasukan anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di premis terbabit di Kampung Cheras Baru di sini, semalam.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan DBKL berkata, Jabatan Penguatkuasaan serta Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan DBKL itu, pihaknya menemui ayam siap diproses dan diletakkan di atas lantai kotor di premis itu.

FOTO: IhsanDBKL

“Selain itu, terdapat air sisa darah, tulang dan bulu juga dilepaskan terus ke longkang awam. Pusat sembelihan ini juga didapati tidak mempunyai loji rawatan air yang sesuai dan air yang digunakan untuk membersihkan ayam juga tidak diganti secara berkala.

“Selain beroperasi tanpa lesen perniagaan, kesemua pekerja membabitkan warga asing juga didapati tidak mendapatkan suntikan typhoid dan tiada sijil pengendali makanan,” katanya.

FOTO: IhsanDBKL

Lokasi ini juga ini juga membabitkan tiga syarikat yang berbeza walaupun berada di lokasi sama.

“DBKL juga mengeluarkan sebanyak tiga notis perintah penutupan premis dikeluarkan di bawah UUK 28(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan berkuatkuasa serta merta.

FOTO: IhsanDBKL

“Selain itu 3 kompaun mengikut Seksyen 47(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, 2 kompaun di bawah seksyen 23(3)(b) dan 3 kompaun di bawah seksyen 33(3) UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 turut dikeluarkan kepada pihak operator,” katanya.

DBKL juga akan merujukkan kes ini kepada Jabatan Agama Islam, Jabatan Alam Sekitar serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk tindakan susulan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini