comscore
Tumpuan :
Nasional

Pusat Sehenti MM2H mula operasi hari ini

Foto hiasan

Oleh : Fatin Hanani Sahimi

PETALING JAYA : Kaunter perkhidmatan Pusat Sehenti Malaysia Rumah Keduaku MM2H (OSC MM2H) di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mula beroperasi hari ini.

Kaunter itu dibuka susulan operasi Pusat Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tamat, 15 Disember lalu.

 

“Perkhidmatan kaunter di OSC MM2H, MOTAC adalah melibatkan proses permohonan lanjutan pas, pindah pas, pengeluaran pas khas bagi kes-kes menunggu keputusan dan lain-lain urusniaga harian yang berkaitan dengan pemegang pas MM2H sedia ada buat masa Ini,” menurut kenyataan MOTAC.

Manakala permohonan baru mengikut terma-terma yang terkini akan ditetapkan secepat mungkin.

Waktu perkhidmatan pada hari Isnin hingga Khamis akan bermula jam 8 pagi hingga 1 petang dan disambung jam 2 petang hingga 5 petang di pejabat kementerian itu di Putrajaya.

Bagi Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 12.15 tengah hari dan disambung semula jam 2.45 petang sehingga 5 petang di lokasi sama.

“MOTAC sentiasa komited menambahbaik perkhidmatan kaunter khidmat pelanggan dan memperkasa Program MM2H agar ianya dapat menjana ekonomi negara di samping mempromosikan Malaysia di persada antarabangsa,” menurut kenyataan itu lagi.

Loading...
Terkini