comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pusat hiburan di KL terbakar dipercayai dibaling bom petrol

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, terbakar selepas dipercayai dibaling dengan bom petrol, awal pagi tadi.

Terdahulu, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 45 saat berhampiran premis terbabit tular di media sosial.

Rakaman itu menunjukkan empat lelaki menaiki dua motosikal berhenti di hadapan premis terbabit dan membaling dua bom petrol sebelum beredar dari lokasi kejadian.

(kiri) Tangkap layar CCTV menunjukkan empat lelaki menaiki motosikal dipercayai membaling bom petrol terhadap sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur, awal pagi tadi. (kanan) Tangkap layar video menunjukkan orang awam membantu memadamkan kebakaran pusat hiburan berkenaan. – VIDEO Viral

Satu lagi rakaman video berdurasi 42 saat yang turut tular di media sosial pula menunjukkan premis berkenaan terbakar dengan terdapat orang awam membantu memadamkan kebakaran.

Berdasarkan tarikh dan masa yang terdapat pada rakaman video CCTV terbabit, kejadian itu berlaku jam 2.18 pagi, 9 Mei (hari ini).

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Nazron Abd Yusof ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Kita ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan. Berdasarkan rakaman CCTV itu, kejadian berlaku jam 2.18 pagi tadi tetapi masa sebenar kejadian masih disiasat,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini