comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PRU-15: Tol lebuh raya percuma pada 18, 19 November

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tawaran tol percuma oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya pada 18 dan 19 November ini, sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, tawaran syarikat konsensi itu bagi memudahkan pengundi pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Bagi memudahkan pengundi balik mengundi, 30 konsesi lebuh raya bersetuju menwarakan tol percuma selama dua hari kepada pengguna sempena PRU-15.

“Tol bermula itu bermula pada jam 12.01 tengah malam pada 18 November sehingga jam 11.59 malam 19 November,” katanya ketika merasmikan pecah tanah Wisma Cuepacs Putrajaya, di sini, petang ini.

Terdahulu, Ismail Sabri turut mengumumkan hari kelepasan am pada 18 dan 19 November.

Loading...
Terkini