Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Syahidah, Syahirah curi tumpuan

Nur Syahidah (kiri) dan Nur Syakirah mengundi di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Raja, Pekan Nanas, Pontian. – FOTO : NSTP

PONTIAN: Kehadiran sepasang kembar untuk mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum (PRU) mencuri perhatian ramai yang berada di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Pengkalan Raja, Pekan Nanas, di sini, hari ini.

Nur Syahidah dan Nur Syakirah Baharin, 21, tiba di pusat pengundian pada jam 2 petang, mengambil kesempatan cuti diberikan kepada pelajar institusi pengajian tinggi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara.

Nur Syahidah adalah pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, manakala kembarnya di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Ini PRU pertama buat pasangan kembar berkenaan, tetapi pengundian yang kedua mereka selepas mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac lalu.

Mengenai calon yang dipilih, mereka berkata, siapa pun calon yang mendapat mandat pada PRU Ke-15 ini, mereka perlu memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan. – Berita Harian

Loading...
Terkini