Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin
ALOR SETAR: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas mengenai gesaan parti itu supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang penggunaan telefon bimbit ketika proses mengundi.
SPR juga menyambut baik saranan berkenaan dan telah mengeluarkan larangan berkenaan Isnin lalu.
“Bila kita tidak membawa telefon bimbit kita (ketika mengundi), kita tidak boleh dedahkan siapa yang kita undi.
“Bila dah di situ (pusat mengundi), kita undi dan ambil gambar, kita boleh membuat hantaran melalui telefon, jadi orang diluar sana tahu siapa yang kita undi,” katanya selepas menjalankan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah pagi tadi.
Tegasnya, pengundi perlu berhati-hati sekiranya berlaku sogokan wang dari mana-mana calon sebelum mengundi.
Pengundi turut diingatkan perkara itu adalah haram di sisi agama dan wang sogokan itu datangnya daripada perbuatan haram.