KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) kini mendahului di 49 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 19 kerusi dan Barisan Nasional (BN) dengan 15 kerusi setakat jam 8.30 malam berdasarkan portal Myundi (tidak rasmi).
Manakala, Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendahului di 21 kerusi, diikuti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan 2 kerusi dan Warisan dengan 1 kerusi.