Oleh Juliana Sharin
KUALA LUMPUR: Jalan Ampang-Lembah Jaya, bermula dari persimpangan lampu isyarat Kampung Melayu sehingga ke persimpangan lampu isyarat Bandar Baru Ampang ditutup.
Penutupan jalan bermula jam 6 pagi itu adalah bagi membolehkan proses penamaan calon bagi Parlimen Ampang di Dewan Dato Ahmad Razali berjalan lancar.
Bagi yang menggunakan jalan tersebut dinasihatkan menggunakan jalan alternatif sementara sehingga dibuka semula hingga selesai penamaan calon,
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 November sebagai hari pengundian sementara penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal 15 November. – BULETIN TV3