KUALA LUMPUR: Ribut petir dan hujan lebat yang kini melanda negeri Johor dan Melaka dijangka menjejaskan proses mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada jam 9 pagi tadi, meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku di semua daerah di dua negeri berkenaan.
Selain Johor dan Melaka, turut terkesan dengan cuaca buruk itu adalah daerah Rompin di Pahang.
Cuaca ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlarutan hingga jam 12 tengah hari ini.- Berita Harian