Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Dilarang raih kemenangan di jalan awam – Polis Terengganu

KUALA TERENGGANU: Semua penyokong parti diingatkan agar tidak terbabit dalam sebarang perarakan bagi meraikan kemenangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) terutama di jalan awam.

Ketua Urusetia Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Polis Terengganu, Superintendan Mohd Aluwi Husain, berkata sebarang aktiviti seumpama itu tidak dibenarkan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Beliau berkata, pasukan polis bersiap sedia mengawal keadaan dan orang ramai digesa mematuhi segala peraturan dan undang-undang ditetapkan.

“Polis Kontinjen Terengganu berharap proses PRU-15 yang kini berjalan dengan aman dapat dikekalkan sehingga keputusan diketahui.

“Justeru, kerjasama semua pihak amat diperlukan sehingga kerajaan dibentuk. Jangan timbulkan provokasi atau kekacauan bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya. – BERNAMA

Loading...
Terkini