comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Calon diingatkan berkempen secara professional

Ketua Polis Daerah Padang Besar, ACP Mohd Shokri Abdullah

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

PADANG BESAR: Calon yang bertanding mewakili mana-mana parti di Padang Besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diingatkan supaya bersikap profesional dan berkempen secara berhemah tanpa menggugat ketenteraman awam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, ACP Mohd Shokri Abdullah mengingatkan sedemikian agar tidak timbul sebarang provokasi sepanjang tempoh berkempen.

“Dalam tempoh berkempen ni saya menyeru calon-calon daripada parti yang bertanding supaya mengamalkan profesionalisme dan bertandinglah secara baik dan aman.

“Sehingga sekarang dari penamaan calon, polis tidak menerima apa-apa laporan tentang kejadian tidak diingini berkaitan dengan pilihan raya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis (IPD) Padang Besar, tadi.

Setakat ini katanya, sebanyak 29 permit berkempen dikeluarkan dalam kawasan Padang Besar.

“Jumlah itu termasuklah proses berkempen secara walkabout, sebarang aktiviti itu perlukan permit.

Ujarnya, lebih 300 anggota polis Padang Besar akan melaksanakan pengundian awal di tiga tempat iaitu di IPD Padang Besar, Balai Polis Kaki Bukit dan Balai Polis Beseri.

Loading...
Terkini