Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Azlan Man selesai mengundi di SK Bintong

Datuk Seri Azlan Man dan isteri, Datin Seri Nor Aswana Omar mengundi di Sekolah Kebangsaan Bintong, Kangar.

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

KANGAR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Azlan Man menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Bintong, di sini, pada jam 8.50 pagi diiringi isteri, Datin Seri Nor Aswana Omar.

Beliau yang mengenakan kurta merah hati dan Aswana anggun berbaju kurung biru selesai menunaikan tanggungjawab pada jam 10.23 pagi.

Azlan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong yang disandangnya sejak 2018, berdepan tentangan dari calon Pakatan Harapan (PH), Azhari Ahmad; calon Perikatan Nasional (PN), Fakhrul Anwar Ismail; calon Gerakan Tanah Air (GTA), Shazwan Suban; calon Warisan, Mohd Khair Mohd Noor dan calon Bebas, Datuk Hashim Suboh.

Pada PRU-14, Azlan menang kerusi DUN Bintong dengan majoriti 847 undi.

Ditanya keyakinannya untuk mempertahankan kerusi DUN Bintong, Azlan berkata dia menyerahkan segala-galanya pada ketentuan ALLAH.

“InsyaALLAH kita serahkan semuanya pada ALLAH SWT.

Menurut statistik di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pemilih yang berdaftar bagi DUN Bintong seramai 16, 366 orang.

Loading...
Terkini