MARANG: Calon PAS Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba di Pusat Pembuangan Undi (PPU) di Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila di sini, jam 8.50 pagi.
Abdul Hadi yang juga Presiden PAS hadir bersama isterinya, Toh Puan Seri Zainab Awang Ngah dan anaknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr Muhammad Khalil.
Abdul Hadi yang juga penyandang Parlimen Marang selesai mengundi kira-kira10 minit kemudian.
Beliau juga sempat beramah mesra dengan orang ramai yang berada di luar SK Rusila untuk mengundi.
Di SK Rusila, terdapat kira-kira 4,000 pengundi berdaftar layak membuang undi dengan tujuh saluran dibuka bagi melancarkan proses berkenaan.
Terdahulu, lebih 50 pengundi mula tiba dan beratur di hadapan pintu masuk PPU SK Rusila, Marang seawal jam 7.30 pagi bagi memilih wakil rakyat mereka.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Parlimen Marang menyaksikan pertandingan empat penjuru antara penyandangnya, Abdul Hadi yang ditentang calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman, Pakatan Harapan (PH), AzharAb Shukur dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Zarawi Sulong.
Pada PRU14, Abdul Hadi menewaskan calon BN, Mohamad Nor Endut dan Zarawi Sulong (PKR) denganmajoriti 21,954 undi.
Ketika itu, Abdul Hadi memperoleh 53,749 undi manakala Mohamad Nor (31,795 undi) dan Zarawi (5,318 undi). – BERITA HARIAN