comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Proton Iriz remuk jatuh gaung kerana elak anjing

Proton Iriz remuk selepas terjatuh gaung di Jalan Lendu, Masjid Tanah, malam tadi. – FOTO: ihsan Polis

ALOR GAJAH: Tiga lelaki berdepan depan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas ke gaung sedalam tiga meter di Jalan Lendu, Masjid Tanah, malam tadi.

Bagaimanapun, kejadian jam 8.30 malam itu hanya mengakibatkan mereka cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, sebelum kejadian kereta Proton Iriz dinaiki tiga mangsa berusia antara 21 hingga 25 tahun dalam perjalanan dari arah Masjid Tanah menghala ke Alor Gajah.

Proton Iriz remuk selepas terjatuh gaung di Jalan Lendu, Masjid Tanah, malam tadi. – FOTO: ihsan Polis

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu berusia 25 tahun dikatakan hilang kawalan apabila cuba mengelak anjing ketika melalui lokasi kejadian.

“Akibat daripada itu kereta terbabit kemudian terbabas ke bahu kanan jalan dan melanggar pokok lalu terjunam ke gaung,” katanya.

Loading...
Terkini