comscore
Tumpuan :
Nasional

Protes di Bangladesh: Bekalan makanan, komunikasi internet semakin terhad – Pelajar Malaysia 

Pelajar Malaysia di Bangladesh.

Oleh: Fahmi Tajuddin

PETALING JAYA: Bekalan makanan dan hubungan komunikasi termasuk penggunaan internet dilaporkan terhad kepada warga Malaysia yang berada di Bangladesh susulan rusuhan yang berlaku.

Seorang pelajar Malaysia di Bangladesh Agricultural University (BAU), Nur Syaqila Abdul Malek ketika dihubungi Buletin TV3 memberitahu, situasi membimbangkan itu memberi kesan kepada proses pemindahan rakyat Malaysia termasuk pelajar yang terkesan dengan rusuhan berkenaan.

Nur Syaqila yang juga merupakan antara pelajar Malaysia yang sempat pulang ke tanah air pada Jumaat lalu memberitahu komunikasi bersama rakan-rakannya yang lain di negara itu hanya boleh dilakukan menerusi kedutaan sahaja.

“Sekarang saya hanya hubungi rakan-rakan yang ada di kedutaan sahaja sebab nombor mereka sahaja yang boleh dihubungi, tapi tidak boleh WhatsApp dan sebagainya.

“Kali terakhir saya hubungi dengan mereka adalah malam semalam, mereka kata mereka akan diterbangkan dari Dhaka pulang ke tanah air  hari ini. Itu pun sebab mereka dah beli tiket penerbangan, yang lain tidak boleh beli tiket sebab tiada internet,” ujarnya.

Tambahnya lagi, wujud kebimbangan terhadap bekalan makanan bagi warga Malaysia yang belum dipindahkan ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka.

“Apa yang saya tahu, kalau ada protes, kedai tidak buka la, takut barang peniaga dihancurkan jadi saya rasa mereka punya stok makanan pun dah berkurangan sebab protes ni dah start lama, dah dua hingga tiga minggu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu sidang media ringkas memberitahu kerajaan akan menggerakkan Pelan Tindakan Evakuasi untuk membawa pulang lebih 100 warga Malaysia termasuk pelajar di Bangladesh.

Difahamkan sejumlah 139 orang rakyat Malaysia di negara itu, termasuk 124 pelajar,

Setakat ini, 15 pelajar Malaysia telah selamat pulang ke tanah air.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini