comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Proses pengambilalihan Pelabuhan Bintulu dibincang minggu depan

 

KUCHING: Proses pengambilalihan Pelabuhan Bintulu oleh Kerajaan Sarawak akan dibincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu hadapan.

Perbincangan itu dijalankan sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada Julai depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ketika sesi taklimat bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Unggah Embas memaklumkan rancangan Sarawak untuk mewujudkan satu entiti pengurusan pelabuhannya sendiri.

“Rancangan itu selaras dengan apa yang terkandung dalam Perlembangaan Persekutuan dan Perlembagaan Sarawak yang menyatakan bahawa pelabuhan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program MyKasih Love My Neighbourhood di Petra Jaya di sini hari ini.

Katanya, satu pertemuan antara Menteri Pengangkutan Anthony Loke dengan perwakilan dari Sarawak diadakan sebelum ini namum tiada mesyuarat susulan, bagi membincangkan secara lanjut perkara terbabit.

“Itu hasrat kerajaan negeri kalau dapat Pelabuhan Bintulu ini dikembalikan kepada Sarawak.

“Selepas itu barulah dapat ditubuhkan satu entiti tunggal untuk Sarawak, kalau tidak ianya akan ada dua entiti iaitu satu di peringkat negeri  dan satu lagi di peringkat persekutuan,” katanya.

Fadillah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal (MA63) berkata, ketika ini Pelabuhan Bintulu menjadi satu-satunya pelabuhan di Sarawak yang masih di bawah tanggungjawab dan seliaan Kerajaan Persekutuan.

Oleh yang demikan perkara itu segala proses penyerahan semula pelabuhan berkenaan untuk dikawal selia oleh kerajaan negeri perlu dibincang dengan lebih lanjut menerusi jawatankuasa terbabit sebelum ia dibawa ke Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63).

“Pendekatan terbabit bersesuaian dengan hasrat Perdana Menteri yang mahu mana-mana hak yang harus dikembalikan kepada Sarawak dikembalikan kepada negeri berkenaan,” katanya.

Loading...
Terkini