comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Proses lembapkan tanah untuk pulihkan kebakaran tanah gambut di Beris Lalang

 

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan meneruskan usaha memulihkan kebakaran tanah gambut di Beris Lalang, Bachok dengan menjalankan proses melembapkan tanah.

Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin, berkata kebakaran membabitkan kawasan seluas 12 hektar sejak akhir bulan lalu kini hampir pulih sepenuhnya.

“Alhamdulillah selepas bekerja keras keadaan kebakaran sudah semakin baik dan api sudah padam.

Bagaimanapun keadaan lokasi masih berasap.

“Anggota bomba juga sudah tidak berkampung di lokasi setiap masa memandangkan keadaan semakin baik.

“Kita jangkakan operasi pemadaman akan selesai beberapa hari lagi. Untuk proses sekarang kita fokus kepada melembapkan tanah walaupun kebakaran sudah tidak merebak,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Foto pada 17 April lalu ketika anggota JBPM Kelantan melakukan pemantauan di lokasi kebakaran tanah gambut di Beris Lalang, Bachok. FOTO: NSTP

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka terutama ketika Aidilfitri memandangkan ramai keluarga berkumpul.

“Ini kerana kita bimbang kebakaran mudah merebak memandangkan cuaca panas,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Beris Lalang masih berbaki lima hektar sahaja lagi.

Seramai 50 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Tumboh, Pasir Puteh dan Tok Bali berkampung di lokasi dan operasi pemadaman berlangsung tanpa henti.

Loading...
Terkini