comscore
Tumpuan :
Nasional

Proses evakuasi pelajar Malaysia di Bangladesh, KPT sediakan bantuan logistik 

FOTO: Reuters

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi(KPT) menyambut baik dan berterima kasih susulan keputusan Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Luar untuk melakukan evakuasi kepada keseluruhan rakyat Malaysia yang berada di Bangladesh susulan ketegangan yang semakin memuncak di negara itu.

Proses membawa pulang ini akan dilakukan dalam kadar segera dan turut melibatkan lebih 124 pelajar Malaysia yang berada di sana.

KPT dalam kenyataan ringkasnya hari ini memaklumkan pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Luar dalam menyediakan segala bantuan yang diperlukan ketika ketibaan rakyat Malaysia nanti.

Ini termasuklah menyediakan bantuan kaunseling, penginapan dan bantuan logistik.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini