Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Projek rintis dasar gaji progresif dilaksana Jun tahun depan

 

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan dimulakan dengan projek rintis pada Jun tahun depan membabitkan 1,000 syarikat yang memenuhi syarat kelayakan dengan pekerja bergaji antara RM1,500 dan RM4,999.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata pemilihan syarikat akan dibuat secara telus berdasarkan prinsip kesaksamaan, tahap keperluan sektor dan sokongan dasar.

“Penilaian projek rintis akan dilaksanakan pada September 2024 untuk memastikan ketersediaan dasar sebelum Dasar Gaji Progresif secara menyeluruh dilaksanakan kepada semua majikan dan ekonomi,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini