Tumpuan :
Nasional

Projek mega tanaman padi RM5 bilion bakal diperkenal – PM

Oleh: Hilmi Abdul Malik

SERDANG: Kerajaan bakal memperkenalkan beberapa projek mega melibatkan industri tanaman padi yang akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perancangan itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM5 bilion yang tertumpu kepada golongan pesawah serta hasil mereka.

“Ada projek besar yang bakal kita perkenalkan, termasuk projek raksasa tanaman padi fasa pertama yang akan dimulakan dalam masa singkat. Seluruh projek menelan belania RM5 bilion,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian MAHA 2024 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar memberi bayangan landskap pertanian mampu berubah sekiranya ia memperoleh semangat jitu semua pihak dalam melaksanakan transformasi.

Bagaimanapun matlamat itu sukar dicapai sekiranya objektif itu diambil dengan pendekatan sambil lewa.

“Kalau perlu fokus dalam sesuatu bidang masing-masing di kementerian, bekerja sebagai satu pasukan dan gerakkan seluruh jentera-jentera kerajaan. Jangan anggap dia boleh ambil langkah sambil lewa.

“Jika nak jamin produktiviti maka seluruh ekosistem perlu dibuat secara teratur sama ada melibatkan Kementerian Pertanian khususnya atau kementerian lain,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, perubahan ini perlu dilakukan secara meluas kerana ia terkait dengan soal sekuriti makanan negara.

Justeru, usaha melaksanakan transformasi juga perlu dipupuk dalam kalangan pengeluar terutamanya golongan yang terlibat dalam industri pertanian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini