Tumpuan :
Nasional

Projek kawalan hakisan pantai Kuala Nerus dijangka siap September 2026 – PETRA

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di Dewan Rakyat.

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Kuala Nerus, Terengganu dijangka siap pada September tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, status kemajuan projek itu kini adalah 22.3% dan skop utama adalah pembinaan 16 buah struktur pemecah ombak
dan kerja-kerja penyuburan pasir pantai sepanjang 2 km.

“Projek pertama adalah Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Kuala Nerus, Terengganu berjumlah RM69.91 juta”

“Projek ini di peringkat pelaksanaan dan telah bermula pada 24 Julai 2023 serta dijangka siap pada 23 September 2026”

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air turut memaklumkan, dua lagi projek di peringkat pra-pelaksanaan iaitu Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Geliga, Kemaman dan Kuala Paka, Dungun.

“Skop utama projek ialah pembinaan struktur kawalan hakisan pantai seperti kerja-kerja penyuburan pasir pantai dan struktur pemecah ombak”

“Pembinaan fizikal bagi kedua-dua projek ini dijangka bermula pada awal tahun 2027”

Beliau berkata demikian ketika pertanyaan lisan di Dewan Negara.

Jelas beliau lagi, ketiga-tiga projek ini adalah penyelesaian jangka panjang dengan jumlah kos sebanyak RM182.5 juta yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Sebagai langkah pendekatan bukan struktur pula, Fadillah menjelaskan, kementeriannya telah menyiapkan kajian Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (Integrated Shoreline Management Plan, ISMP) di Negeri Terengganu pada tahun 2022.

“Kajian ini membantu menentukan zon hakisan kritikal, merancang strategi mitigasi jangka panjang dan memberikan garis panduan kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.” Katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini