comscore
Tumpuan :
Nasional

Projek ECRL di Terengganu capai 87 peratus

KUALA TERENGGANU: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu telah mencapai kemajuan sehingga 87 peratus setakat September 2024.

Sekali gus menjadikan Terengganu mencatatkan peratusan tertinggi dan mendahului empat negeri di bawah projek mega tersebut.

Kerja-kerja pemasangan landasan pula menjangkaui 130 kilometer dan ia juga telah melepasi kawasan Kuala Terengganu dan kini menghala ke utara Terengganu.

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, projek ECRL sepanjang 665 kilometer yang merentasi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor telah mencatat kemajuan keseluruhan sebanyak 76 peratus setakat September 2024.

Tahap kemajuan yang memberangsangkan ini adalah selari dengan jadual penyiapan jajaran ECRL dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak pada Disember 2026, manakala jajaran rel antara Gombak dan Pelabuhan Klang dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2027.

Sementara itu projek ECRL yang dijadualkan siap pada Disember 2026 dibina lebih tinggi bagi memastikan ia bebas daripada bencana banjir.

“Semua telah diambil kira, ECRL akan membuat kerja mengikut jadual dan semua landasan yang dibina lebih tinggi dan faktor banjir telah diambil kira”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad dengan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).

Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr.Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini