comscore
Tumpuan :
Nasional

Projek ECRL capai 50 peratus

Foto: NSTP

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan & Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sudah pun mencapai kemajuan sebanyak keseluruhan 50.29 peratus.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, tahun ini merupakan tahun puncak buat pembinaan ECRL yang membabitkan kerja struktur utama seperti pemasangan rasuk, pembinaan stesen dan pemasangan landasan.

Katanya, kerja pengorekan terowong menggunakan kaedah Tunnel Boring Machine (TBM) untuk terowong Genting pertama sudah mencapai 3.10 kilometer (km) manakala terowong Genting kedua mencapai 4.29 km.

“Jumlah panjang bagi setiap terowong Genting ialah 16.39 km dan satu-satunya terowong berkembar bagi projek ECRL.”

“Selain itu, sejumlah 25 terowong berjaya ditembusi setakat 25 Ogos lalu.”

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, hari ini.

Loading...
Terkini