comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Program Mentor Mentee gilap bakat, kredibiliti penyampai berita ke tahap lebih tinggi

 

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

PETALING JAYA: Jabatan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima hari ini melancarkan Program Mentor Mentee yang memberi penekanan khusus kepada penyampaian berita.

Program julung kali diadakan itu bertujuan membimbing serta memperkasa potensi dan kredibiliti mentee bagi membentuk pelapis serta membantu mencapai strategi organisasi dalam era persaingan global.

Seiring matlamat itu, empat ikon penyiaran Media Prima diberi amanah berkongsi ilmu dan pengalaman untuk dipraktikkan mentee masing-masing.

Dari kiri, Fazilah Hani, Chinn Fei, Azwaliza dan Norliza pada majlis pelancaran Mentor Mentee Bilik Berita di Sri Pentas, Bandar Utama, hari ini.

Barisan mentor terdiri daripada Azwaliza Azman, Pang Chinn Fei, Norliza Mohd Zain dan Datin Seri Fazilah Hani Harun.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, Nini Yusof berkata, program ini penting dalam menghasilkan penyampai berita berkualiti sekaligus mampu mengekalkan imej Buletin TV3 sebagai berita nombor satu di negara ini.

“Terima kasih kepada empat mentor yang terpilih. Memandangkan mereka mempunyai pengalaman yang sangat banyak dan sangat popular yang telah menyumbangkan ke atas kejayaan Buletin Utama yang mencapai kedudukan nombor 1 di dalam negara. Kita perlu lahirkan lebih ramai penyampai berita dan wartawan yang lebih multi-skill,” katanya.

Mentor yang dipilih jelas beliau bukan calang-calang berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan mereka dalam industri penyiaran dan media.

“Mentor kita ada 4 orang Azwaliza, Pang Chinn Fei, Norliza dan Datin Seri Hani. Mereka ini adalah certified trainer jadi mereka telah menghadiri latihan, mereka juga telah menerima pelbagai anugerah di negara ini.

“Jadi saya rasa selain daripada pengalaman yang banyak, mereka juga mempunyai ilmu yang boleh memberi latihan berskala dengan lebih mantap dan of course latihan ini juga diterajui oleh Ketua Program Mior Abdul Malek Raiyani dan juga dibantu oleh Azaria Tagaya dan ramai lagi penyampai lain yang masih lagi membaca berita tetapi boleh menambah lagi ilmu yang penting untuk mentee,” katanya.

Beliau juga berharap agar program ini dapat diperluas bukan hanya kepada mentee sedia di Media Prima, tetapi juga di luar dalam usaha mencungkil bakat baharu.

Nini ditemui media sempena majlis pelancaran Mentor Mentee Bilik Berita di Sri Pentas, Bandar Utama hari ini.

Hadir sama, Penasihat Eksekutif, Jabatan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima, Jasbant Singh  dan Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Media Prima, Kamarudin Mape.

Pada majlis ini, turut diadakan sesi penyerahan surat lantikan mentor dan tandatangan piagam 24 mentee yang terlibat.

Video penuh bagi majlis pelancaran program tersebut, klik video di bawah.

Loading...
Terkini