comscore
Tumpuan :
Nasional

Program bersih pantai PTPTN terap nilai cintakan alam sekitar

FOTO: PTPTN

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menganjurkan Program ‘Beach Cleaning’ di Pantai Cherating, Pahang hari ini dalam usaha menerapkan nilai kecintaan terhadap alam sekitar dalam kalangan komuniti.

Program dengan kerjasama Royale Chulan Hotels & Resorts Malaysia itu membabitkan 150 peserta terdiri daripada pelajar dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) itu juga bertujuan untuk memupuk kesedaran peserta dan komuniti terhadap pentingnya menjaga alam sekitar.

PTPTN dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya sentiasa prihatin dengan melaksanakan pelbagai inisiatif serta program berimpak tinggi untuk kesejahteraan masyarakat.

FOTO: PTPTN

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata program ini menterjemah keprihatinan PTPTN dan Royale Chulan dalam melaksanakan CSR untuk menjaga alam sekitar.

Katanya, ia sekali gus menjadi bukti sokongan PTPTN dalam menyahut seruan kerajaan bagi mengekalkan alam semula jadi.

“Inilah sebahagian CSR PTPTN dalam memastikan kesejahteraan masyarakat selain menunaikan amanahnya dalam menyediakan pinjaman pendidikan, pengurusan bayaran balik pinjaman serta pembudayaan penabungan.

“Program ini bukan sahaja bertujuan membersihkan kawasan pantai tetapi juga untuk menanamkan kesedaran tentang tanggungjawab kita terhadap alam sekitar.

FOTO: PTPTN

“Dengan pendekatan berasaskan Environmental, Social and Governance (ESG), kami yakin bahawa inisiatif ini akan memberi impak positif kepada masyarakat dan juga alam sekitar, seterusnya mengaplikasikan nilai murni berkenaan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Katanya, program seperti ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan strategik PTPTN dengan agensi-agensi terbabit sekali gus meningkatkan imej positif PTPTN dalam kalangan masyarakat.

“PTPTN terus komited dalam meningkatkan pelaksanaan program-program CSR untuk pembangunan masyarakat selari dengan moto PTPTN,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini