Oleh Mas Zharif Zhafri Aziz Desa
SHAH ALAM: Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baharu berkuatkuasa mulai 15 Februari lalu.
(UiTM) dalam satu kenyataan memaklumkan, perlantikan beliau oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Seri Khaled Nordin itu selama tempoh 3 tahun bagi menggantikan Prof Emeritus Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah yang memegang jawatan berkenaan sejak 18 Januari 2021.
Dr. Raduan yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang akademik pernah dilantik menjadi Naib Canselor di Universiti Malaysia Kelantan dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) di Universiti Pertahanan Nasional (UPNM).
Selain itu, beliau juga mempunyai pengetahuan yang sangat mendalam mengenai Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara atas peranannya yang pernah berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi yang memberikan input kepakaran dalam pelaksanaan program dan agenda memajukan sektor Pendidikan tinggi negara.