comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Prof Dr. Mahmood Zuhdi meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Cendekiawan agama dan pendakwah serta pakar rujukan syariah terkemuka tanah air, Prof Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, 78 tahun meninggal dunia pada jam 10.20 malam tadi.

Berita kematian Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) itu dimaklumkan pentadbir laman sosial Facebook rasmi beliau.

“Innalillahi wa innailaihi rajiun. Untuk makluman, Dato Mahmood Zuhdi baru meninggal dunia jam 10.20 malam tadi,” menurut catatan itu yang dikongsi sebentar tadi.

Allahyarham yang menjadi Pengerusi MDN sejak 2016, adalah Profesor Emeritus di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. -BERITA HARIAN.

Loading...
Terkini