comscore
Tumpuan :
Nasional

Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah 

Oleh: Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengajian Quran dan Sunnah oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Penganugerahan tersebut disempurnakan oleh Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz selaku PRO Canselor USIM, di Majlis Konvokesyen Khas USIM 2024 di sini.

Ia turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Penganugerahan itu sebagai pengiktirafan peranan yang cukup besar dimainkan oleh Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb dalam melakukan anjakan paradigma dalam bidang kepakarannya iaitu Ilmu Usuluddin.

Beliau juga telah terlibat lebih 23 tahun dalam bidang pengajian al-Quran serta berkhidmat dalam institusi pendidikan bidang pengajian Islam dalam pelbagai jawatan dan kedudukan.

Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb merupakan ilmuwan dan ulama besar Ahli Sunnah Wal Jamaah serta telah memberikan sumbangan yang luar biasa dalam bidang pengajian Islam sehingga diangkat menjawat jawatan tertinggi dalam institusi sunni terbesar dan muktabar.

Penganugerahan diadakan bersempena Simposium Antarabangsa Malaysia Madani 2024: Islam dan Kesederhanaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini