Tumpuan :
Nasional

PRN : Pembahagian kerusi BN-PH Kedah di fasa akhir

Oleh Kumaran Rajamoney

PEDU: Pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah dalam fasa akhir untuk dimuktamadkan, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pengagihan kerusi dijangka sama rata dengan mengambil kira parti yang menyandang kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.

“Kalau sesebuah parti sudah memenangi kerusi pada 2018, maka rundingannya mudah. Kita akan kekalkan parti yang menang di kerusi itu. Bagi kerusi lain, kita akan melihat kepada pelbagai faktor termasuk soal representasi dan rekod Pilihan Raya Umum terdahulu.”

“Kita juga akan memperhalusi sambutan pengundi di kawasan yang ingin ditandingi,” katanya.

Tambah beliau, kedua-dua gabungan parti itu mengetepikan ego serta emosi dalam soal rundingan bagi memastikan kemenangan dalam PRN.

“Kalau boleh awak (PH) separuh saya (BN) separuh, kalau ada dua (DUN didalam satu Parlimen) bagi seorang satu,” katanya ketika ditemui di Majlis Kesyukuran Meraikan Anugerah Balai Polis Luar Bandar Terbaik di Malaysia di Balai Polis Kampung Tanjung di sini, hari ini.

Loading...
Terkini