Tumpuan :
Nasional

PRN 2023: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri dijangka sehingga tengah hari – METMalaysia

Penduduk di Sikamat keluar mengundi dalam cuaca hujan pagi ini.

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri antaranya Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang dan Kuala Muda), Pulau Pinang (Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara), Selangor (Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau), Melaka, Johor (Tangkak dan Muar) sehingga tengah hari ini.

Menurut kenyataan METMalaysia yang dikongsi di laman Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Loading...
Terkini