comscore
Tumpuan :
Nasional

PRN 2023: Rakyat Selangor iktiraf pasukan perpaduan – Amirudin

Amirudin (hadapan tengah) meraikan kemenangan bersama calon pada sidang media Pengumuman Keputusan Calon Perpaduan Negeri Selangor di Hotel Wyndham Acmar, Klang. – Foto: NSTP/Faiz Anuar

KLANG: Rakyat Selangor telah membuat keputusan tepat dengan memberikan semula mandat kepada Kerajaan Perpaduan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) berjaya memenangi 34 kerusi dewan undangan negeri (DUN) dan akan membentuk kerajaan selepas mempersembahkan keputusan itu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Alhamdulillah, rakyat Selangor telah membuat keputusan yang tepat dengan mengiktiraf pasukan perpaduan pada Pilihan Raya Negeri Selangor 2023 yang usai berlangsung hari ini (semalam).”

“Terima kasih kepada seluruh rakyat negeri Selangor atas mandat yang diberikan. Pasukan perpaduan yang baharu dibentuk tiga bulan yang lalu di Selangor ternyata berjaya menewaskan gelombang hijau,” katanya dalam sidang media khas PH-BN di sini tengah malam tadi.

Tambahnya, pasukan perpaduan negeri Selangor bersedia melaksanakan semua tawaran (yang telah dikemukakan mereka) kepada rakyat sepanjang tempoh kempen PRN.

“Kerajaan Perpaduan ini akan mewakili setiap rakyat Selangor tanpa mengira fahaman politik mereka. Saya menggesa semua pihak menghormati mandat rakyat dan menghentikan segala adu domba yang bersifat memecahbelahkan masyarakat dan menganggu-gugat kestabilan negeri,” katanya lagi.

Loading...
Terkini