BESUT: Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjadi pengundi pertama menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan, SMK Seri Nering di sini pagi ini.
Ahmad Samsuri yang juga Calon PAS Rhu Rendang, tiba di SMK Seri Nering jam 7.50 pagi dan membuang undi pada jam 8.04 minit.
Beliau turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan pengundi dan petugas yang ada dengan bertanya khabar mereka.
Dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini, Ahmad Samsuri akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang berdepan satu lawan satu dengan calon Pakatan Harapan (PH) iaitu Suhaimi Sulaiman.
Dalam perkembangan lain, kerajaan Terengganu mengisytiharkan esok (Ahad) sebagai cuti peristiwa sempena PRN 2023.
Ahmad Samsuri berkata keputusan itu dibuat bagi memudahkan pengundi luar yang bekerja di negeri itu untuk pulang mengundi di negeri masing-masing.
Sebelum ini Selangor, Kelantan dan Kedah turut mengumumkan Ahad ini sebagai cuti peritiwa sempena pilihanraya PRN ini.