Tumpuan :
Nasional

PRN 2023: MB Selangor ‘sempoi’ mengundi naik motosikal

SELAYANG: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menarik perhatian di para pengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Selayang Baru, kerana hadir dengan menaiki motosikal.

Amirudin tiba bersama isteri menaiki motosikal kira-kira jam 8.24 pagi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di saluran lima di SJKC Selayang Baru.

“Ye saya naik motor, sebab trafik sesak, kalau saya datang dengan kereta dan saya tak nak menyusahkan orang.

“Jadi saya ambik keputusan untuk naik motor, kalau selepas ini nak pergi pusat mengundi pun saya akan ke pusat pengundian DUN Sg Tua,” katanya lagi.

Loading...
Terkini