Tumpuan :
Nasional

PRN 2023 : Jurufoto alami kecederaan kecil dibantu APM

Oleh: Selwam Arjunan

GEORGETOWN: Jurufoto akhbar The Star mengalami kecederaan kecil selepas terjatuh ketika melakukan liputan proses penamaan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota, di sini, pagi tadi.

Chan Boon Kai, 41, telah mengikuti perarakan calon Pakatan Harapan, Chow Kon Yeow dari Lebuh Downing ke Dewan Sri Pinang ketika kejadian.

Ketika bergegas mencari lokasi yang sesuai, dia terjatuh dan mengalami kecederaan kecil di kedua-dua belah tangan.

Bagaimanapun, beliau segera dibantu anggota Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berada di lokasi dengan membersihkan luka dan rawatan.

Mereka juga meminta Chan untuk kembali mendapatkan rawatan lanjut jika mengalami pendarahan.

“Saya berterima kasih kepada anggota APM kerana segera memberi rawatan agar saya dapat kembali bertugas,” katanya selepas menerima rawatan.

Loading...
Terkini