Tumpuan :
Nasional

PRN 2023: AMANAH sasar tanding 31 kerusi – Salahuddin

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) menyasarkan akan bertanding di 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata pihaknya yakin dapat mengekalkan kerusi sedia ada dan mempunyai peluang seimbang di negeri ditadbir PAS iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Kelantan kita boleh bertanding 7 (kerusi), Terengganu 3 atau 4, insya-Allah Kedah 7 atau 8, Selangor 9 dan Negeri Sembilan 3 (kerusi), dan dalam politik ini tidak ada yang susah, yang penting kita mencuba yang sebaik mungkin.

“Peluang yang ada tu, semua parti politik akan menampilkan calon terbaik, strategi terbaik, pendekatan terbaik, itu tugas kita untuk kita pastikan kita dapat capai kemenangan di negeri yang kita bertanding,” katanya.

Katanya, Amanah dan PH   tiada masalah bekerjasama dengan Umno di bawah kerajaan perpaduan sejak PRU15.

Beliau turut menasihatkan semua parti mengelakkan memainkan isu 3R (kaum, agama dan raja).

“Kita melarang, kita ajak rakyat menolak 3R, jangan jadi pelampau agama dan kaum dan kita pastikan semua pimpinan PH dan BN pada parameter yang betul”, katanya selepas melakukan tinjauan di  sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Loading...
Terkini