comscore
Tumpuan :
Nasional

PRN 2023: 87% pengundi awal keluar mengundi setakat jam 2 petang

Anggota tentera yang hadir menunaikan tanggungjawab mengundi awal di PUSASDA, Port Dickson hari ini – Foto NSTP

PETALING JAYA: Purata 87% pengundi awal keluar mengundi dalam pilihan raya negeri (PRN) 2023 setakat jam 2 petang tadi.

Tertera jumlah peratusan pengundi awal yang keluar mengundi bagi PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan hari ini.

Berdasarkan peratusan itu, Selangor mencatat jumlah peratusan paling rendah dengan 84 peratus.

Terengganu yang mencatat jumlah 90 peratus adalah peratusan paling tinggi daripada semua enam negeri yang terlibat dalam PRN pada Sabtu ini.

Bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, jumlah peratusan pengundi awal yang keluar mengundi ialah 85 peratus.

Kesemua pusat pengundian awal di enam negeri terbabit termasuk di Parlimen Kuala Terengganu dibuka serentak pada jam 8 pagi tadi dan ditutup secara berperingkat mengikut kedudukan kawasan pusat mengundi.

Loading...
Terkini