comscore
Tumpuan :
Politik

PRK Sungai Bakap: Polis terima laporan rosakkan bahan kempen

NIBONG TEBAL: Polis menerima satu laporan berhubung merosakkan bahan kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan itu Khamis lalu dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Sehingga hari kesembilan bagi tempoh berkempen, sebanyak 81 permit sudah diluluskan,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Hamzah turut menasihati semua pihak tidak menimbulkan provokasi ketika berkempen bagi tempoh berbaki enam hari lagi menjelang hari pengundian.

Terdahulu media melaporkan dakwaan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang mengenai sejumlah 38 gegantung dan 53 bendera Pakatan Harapan yang dipasang di Kawasan Jentera Daerah Mengundi Puteri Gunung, dirosakkan individu tidak bertanggungjawab.

Ketuanya, Muhammad Fadzli Roslan dilaporkan berkata, insiden sabotaj itu dikesan pada 12.30 tengah malam dengan ada di antara bendera terbabit seolah-olah ditarik dan diturunkan selain ada dibuang ke dalam longkang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini