BENTONG: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang bermula 8 pagi selesai selepas semua sembilan pusat mengundi ditutup pada jam 6 petang.
Semua peti undi dari sembilan pusat pengundian melibatkan 30 saluran akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini sebelum keputusan rasmi diumum, yang dijangka pada jam 9 malam ini.
Setakat jam 4 petang, sejumlah 69 peratus telah keluar mengundi pada PRK itu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang bermula 8 pagi selesai selepas semua pusat mengundi ditutup pada 6 petang. pic.twitter.com/3ITID98Pyz
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 7, 2023
Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
Bagaimanapun, tiada pusat mengundi awal dibuka walaupun tarikhnya ditetapkan pada 3 Oktober selepas SPR mengeluarkan 73 kertas undi kepada yang layak mengundi secara pos pada PRK itu.
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional Kasim Samat dan calon Bebas Haslihemly DM Zulhasli yang menggunakan simbol kereta. – BERNAMA
| ARTIKEL BERKAITAN
- [LANGSUNG] Perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai
- PRK Pelangai: 9 pusat mengundi dibuka bermula 8 pagi
- PRK DUN Pelangai: Calon PN antara terawal mengundi
- PRK DUN PELANGAI: Warga emas 80 tahun pengundi pertama di SMK Felda Chemomoi
- PRK DUN Pelangai: 10% keluar undi setakat 9 pagi
- PRK DUN Pelangai: Peratusan keluar mengundi dijangka capai 70 peratus – SPR
- PRK Pelangai: 53 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari
- PRK Pelangai: Peratusan keluar mengundi capai 59 peratus setakat 2 petang
- PRK Pelangai: Peratusan mengundi PRK Pelangai 65% setakat jam 3 petang