BENTONG: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai mencatatkan 53 peratus setakat 1 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Proses pengundian bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu di situ melibatkan sembilan pusat mengundi dengan 30 saluran dan akan tamat pada 6 petang ini.
Jumlah keseluruhan pengundi di DUN itu ialah 16,456 orang, dengan SPR telah mengeluarkan 73 kertas undi pos termasuk kepada 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
PRK DUN Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli. – BERNAMA
| ARTIKEL BERKAITAN
- [LANGSUNG] Perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai
- PRK Pelangai: 9 pusat mengundi dibuka bermula 8 pagi
- PRK DUN Pelangai: Calon PN antara terawal mengundi
- PRK DUN PELANGAI: Warga emas 80 tahun pengundi pertama di SMK Felda Chemomoi
- PRK DUN Pelangai: 10% keluar undi setakat 9 pagi
- PRK DUN Pelangai: Peratusan keluar mengundi dijangka capai 70 peratus – SPR