comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: PH menang dengan lebih 3,000 undi (Tidak Rasmi) 

KUALA KUBU BHARU: Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi laman Facebooknya berkongsi keputusan tidak rasmi bahawa Pakatan Harapan (PH) memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti besar 3,869 undi.

PRK KKB kali ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Kesemua calon bagaimanapun tidak turun mengundi kerana pengundi luar.

Pilihan raya kecil itu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lalu, Lee menewaskan tiga pencabarnya daripada Perikatan Nasional, Parti Rakyat Malaysia dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dengan meraih majoriti 4,119 undi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini