comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: 28 permit ceramah, 25 permit kempen dapat kelulusan polis

Perang poster dan bendera sempena PRK DUN Kuala Kubu Bharu. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor meluluskan sebanyak 28 permit penganjuran ceramah dan 25 permit berkempen diluluskan, sempena Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kelulusan itu diberikan untuk penganjuran ceramah dan kempen bermula 27 April lalu sehingga jam 11.59 malam 10 Mei ini.

“Sejak 27 Mei sehingga hari ini juga sebanyak tiga laporan polis sudah diterima dan satu kertas siasatan dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 4 (A) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Bagi memastikan setiap kempen dan ceramah mematuhi undang-undang yang ditetapkan, IPD Hulu Selangor menempatkan pegawai dan anggota di setiap lokasi penganjuran kempen dan ceramah yang diadakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat ini, beliau berkata, kempen yang diadakan oleh parti politik yang bertanding didapati berlangsung dalam keadaan harmoni, teratur dan terkawal dan pihaknya meminta supaya situasi berkempen secara sihat ini dikekalkan sehingga tempoh akhir berkempen.

“IPD Hulu Selangor menasihatkan supaya semua calon yang bertanding serta kumpulan penyokong menghormati dan mematuhi lunas undang-undang sepanjang PRK Kuala Kubu Bharu, berlangsung.

“Elakkan daripada sebarang provokasi dan perkara-perkara yang boleh menimbulkan insiden yang tidak diingini yang mana sekaligus boleh mengugat keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini