comscore
Tumpuan :
Nasional

[TIDAK RASMI] PRK Kemaman: PAS mendahului BN

PETALING JAYA: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberitahu PAS ketika ini mendahului BN membabitkan pengiraan undi di 34 daripada 228 peti undi, dengan majoriti 4,830 undi pada PRK Parlimen Kemaman.

Perkara itu dikongsikan beliau  menerusi laman Facebooknya setakat jam 7 malam ini.

PRK Kemaman hari ini melibatkan  141,043 pengundi berdaftar.

Proses pengundian bagi PRK Kemaman yang bermula sejak jam 8 pagi tadi, selesai selepas pusat pengundian ditutup jam 6 petang.

Kesemua peti undi membabitkan 244 saluran mengundi dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman.

Keputusan rasmi dijangka diumumkan, jam 9 malam ini.

Setakat jam 4 petang tadi, sebanyak 60% pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing di 49 pusat mengundi di empat Dewan Undangan Negeri (DUN).

PRK Kemaman menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini