comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK Kemaman: Tidak dibenarkan mengadakan perarakan selepas keputusan – Polis 

CHUKAI: Polis mengingatkan penyokong parti bertanding supaya tidak melakukan perarakan selepas keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman diumumkan malam nanti.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayub Khan Mydin Pitchay berkata tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang dikesan berbuat demikian.

Katanya PDRM akan melakukan pemantauan berterusan dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada mereka yang tidak patuh kepada peraturan.

“Kita memohon kepada semua pihak supaya tidak melakukan sebarang bentuk perarakan itu. Tugas kami polis adalah menjaga keselamatan.
Mana-mana pihak yang melakukan kesalahan dalam mencetus, menganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam kita akan ambil tindakan tegas,” katanya ketika meninjau pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Bukit Mentuk, di sini, petang tadi.

Turut hadir, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, Timbalan Ketua Polis Terengganu, Wan Rukman Wan Hassan dan Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan.

Ayub berkata, setakat ini sebanyak 15 laporan diterima sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil PRK Kemaman.

“Begitu juga kita terima laporan pada 29 November berhubung satu kes berkaitan 3R yang dikeluarkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin dalam satu ceramah kempen Pilihan Raya di Kemaman ini,” katanya.

Menurutnya, seramai 280 anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan dalam proses pengundian berlangsung termasuk menjaga keselamatan di pusat perjumlahan undi.

“Sepanjang kempen PRK Kemaman ini, kita telah mengenal pasti dan mengawasi sembilan hot sport (kawasan panas).

“Kita turut mengerakkan Ops cantas bagi mengawal sepanjang PRK ini berlangsung termasuk bantuan daripada anggota polis Bukit Aman,” katanya.

Loading...
Terkini