comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KEMAMAN: Teruja celup jari kali ketiga

Pasangan suami isteri Omar Mohamad Husin dan Kasmani Che Man menjadi pengundi pertama celup jari di pusat mengundi itu.

KEMAMAN: Cuaca baik sebelah pagi dan tidak hujan mendorong orang ramai keluar awal untuk mengundi.

Tinjauan di Pusat Mengundi di SMK Sultan Ismail 1, sejak jam 7.00 pagi lagi pengundi sudah berada di luar perkarangan pusat mengundi.

Tepat jam 8.00 pagi, usai pusat mengundi dibuka, pasangan suami isteri Omar Mohamad Husin dan Kasmani Che Man, masing-masing berusia 76 tahun, menjadi pengundi pertama celup jari di pusat mengundi itu.

“Kami datang awal sebab bimbang hujan dan rasa teruja dapat mengundi serta dapat celup jari kali ketiga.

“Sebelum ini celup jari PRU 15, lepas tu PRN dan kali ini di PRK Kemaman pulak”, kata mereka.

Seramai 1,589 pengundi di jangka mengundi di sini dan terdapat tiga saluran dibuka.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini