comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KEMAMAN: PRK Kemaman jadi perintis sistem pengurusan Pilihan Raya baharu lebih sistematik dan cepat

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh melawat Pusat Mengundi di SMK Geliga.

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KEMAMAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkenalkan sistem pengurusan pilihan raya baharu yang lebih berkesan, berfungsi lebih baik dan cepat yang akan digunakan pada pilihan raya di negara ini.

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, PRK Kemaman sebagai perintis sistem itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci bersabit perkara itu dan SPR akan membuat pengumuman rasmi selepas PRK Kemaman.

“Sistem baharu yang ini nanti kita bagi tahu ini kali pertama digunakan dan kita mahu lihat kelancarannya.

“Ia sebagai ujian untuk menambah baik sistem yang diguna SPR sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas melawat Pusat Mengundi di SMK Geliga.

SPR menjangkakan keputusan PRK Kemaman P.040 dapat diumumkan lebih awal sekiranya sistem yang dimaksudkan itu berfungsi dengan baik di sini.

Dalam perkembangan lain, 27 peratus pengundi telah keluar mengundi setakat jam 11.00 pagi tadi.

Daripada jumlah itu peratus keluar mengundi membabitkan pengundi muda juga amat tinggi.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini