comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK Kemaman: Polis siasat kekecohan babit penyokong parti

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay melawat pusat mengundi di SK Bukit Mentok. Foto: NSTP

KEMAMAN: Polis membuka kertas siasatan berhubung kekecohan yang berlaku di antara penyokong parti bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman di Chukai, semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata tindakan provokasi itu seharusnya dielakkan bagi memastikan kejadian buruk tidak berlaku.

Insiden jam 6 petang itu berlaku apabila ‘flashmob’ yang diadakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Sulaimani menghala ke Kuantan bertukar kecoh sekali gus mengakibatkan pergaduhan antara penyokong PAS dan Barisan Nasional(BN).

Tindakan pantas polis di lokasi kejadian meleraikan kekecohan itu dan mengelak kejadian lebih serius berlaku.

“Kalau kita lihat kepada insiden tersebut flashmob melibatkan dua pihak satu pihak yg ada buat flashmob dan satu pihak lagi hadir untuk buat flashmob juga jadi bertembung bila bertembung ini jadi lah aksi-aksi provokasi tolak menolak menggunakan bahasa kesat,” katanya ketika meninjau pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Bukit Mentuk, di sini, petang tadi.

Tampil memberi penjelasan terhadap kejadian yang tular di media sosial itu, Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Beliau menafikan provokasi dimulakan penyokong BN.

“Kita turun tidak ada buat apa-apa provokasi sekali pun tetapi apabila saya lihat kawan saya nak masuk semula dan pintu ditendang terkena pada beliau,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini