CHUKAI: Sesuatu yang menarik pada pengundian awal PRK Kemaman yang ditetapkan hari ini apabila hanya melibatkan tiga pengundi.
Ketiga-tiga pengundi yang merupakan pasangan tentera itu akan menunaikan hak mereka di pusat mengundi Balai Polis Kijal bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari nanti.
Sebelum ini, selain tiga pengundi itu, SPR mengumumkan pengundian awal bagi PRK itu akan membabitkan seramai 387 anggota polis dan enam anggota tentera.
Bagaimanapun, Ketua Polis Terengganu Mazli Mazlan berkata semua mereka telah diarahkan mengundi secara pos bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja menyelamat dan bertugas pada musim banjir.
PRK Kemaman yang ditetapkan 2 Dis ini sebagai hari mengundi menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.
Ia yang melibatkan 141,790 pengundi layak termasuk pengundi pos dan awal, perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid, pada PRU15.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] PRK Kemaman: Sokongan kepada calon BN semakin bertambah
- [VIDEO] PRK Kemaman: Suasana kempen tenang, BN tumpu sokongan pengundi muda
- PRK Kemaman: Calon BN santuni warga Felda
- PRK Kemaman: 4 bekas calon BN dekati pengundi `merajuk’, atas pagar
- PRK Kemaman: 387 anggota polis laksana undi pos bermula hari ini
- [VIDEO] PRK Kemaman: Undi POS berjalan lancar
- PRK Kemaman: Jika banjir, PPS akan jadi pusat mengundi