KEMAMAN: Keadaan cuaca yang baik petang ini digunakan sepenuhnya oleh pengundi di Parlimen Kemaman untuk menjalankan tanggungjawab mereka.
Perjalanan proses membuang undi dilaporkan berjalan lancar setakat ini dengan 48% keluar mengundi hingga jam 2 petang.
Sebanyak 49 pusat mengundi dibuka sejak jam 8 pagi tadi, di empat daerah Kemaman melibatkan 244 saluran.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.040 Kemaman kali ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.