Tumpuan :
Nasional

PRK Kemaman: Calon BN santuni Veteran ATM 

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

KERTEH: Calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyatakan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman amat penting untuknya kerana ada misi yang masih belum diselesaikan.

Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu menjelaskan, banyak agenda dan program yang dipeloporinya semasa dalam perkhidmatan tidak diteruskan selepas persaraannya.

Katanya antara isu yang akan diperjuangkan adalah pencen dan isu tanah bagi golongan veteran.

“Ini adalah isu yang diperjuang oleh golongan veteran sekarang ini mungkin ada kaedah cara penambahbaikan dengan sokongan kerajaan negeri selepas ini untuk dapatkan apa yang mereka perjuangkan itu bukan hanya tanah banyak lagi benda lain termasuk isu veteran tidak berpencen”, katanya.

Beliau ditemui semasa program Sembang Santai Bersama Veteran ATM di Kelab Golf dan Rekreasi Petronas, Kertih pada hari ini.

PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini akan menyaksikan saingan dua penjuru antara Raja Mohamed Affandi dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dari PAS.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini